Rabu, 21 November 2012

MARI BELAJAR MATEMATIK - TOLAK PECAHAN PENYEBUT SAMA

http://www.facebook.com/groups/148355375275750/

TOLAK PECAHAN PENYEBUT SAMA

Jika nombor penyebut adalah sama..

tolakkan nombor pengangka sahaja

Contoh 1

3/4 - 1/4 = ?
penyelesaiannya:
Gambaran boleh di lukis seperti ini..


Apa yang perlu dilakukan ialah menolak bahagian pengangka sahaja dan membiarkan nombor penyebut dengan nilai yang diberikan,
pengangka: 3-1 = 2
penyebut: 4       

jadi jawapannya adalah... 
2/4

Contoh 2

11/19 - 5/19 = ?

penyelesaiannya:
Tolakkan sahaja bahagian pengangka..
11 - 5 =6
Dan jawapan untuk penyebut adalah sama, jadi jawapannya adalah 6/19

Ayat matematik boleh ditulis seperti ini…



Tiada ulasan:

Catat Ulasan